Pindaan Akta Insolvensi: 130,000 individu akan bebas status bankrap – Azalina 

Pindaan Akta Insolvensi: 130,000 individu akan bebas status bankrap – Azalina 

PINDAAN Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) yang akan dilakukan sekali lagi di Dewan Rakyat bakal membolehkan sekurang-kurangnya 130,000 individu daripada 260,000 kes bankrap mendapat pelepasan kebankrapan mereka

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, cadangan pindaan itu akan dibawa ke Parlimen pada awal bulan depan dan pindaan yang dibuat bagi menambah baik sistem pentadbiran kebankrapan di negara ini.

Azalina turut mengakui, beliau secara peribadi akan mengutamakan isu kebankrapan kerana ia membabitkan kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Pada masa yang sama Azalina berkata, akta pendanaan politik sepatutnya telah diwujudkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu bersama akta anti lompat parti.

“Macam-macam saya nak tengok (tambah baik akta)…Tapi secara peribadi saya nak selesaikan masalah rakyat, akta berkaitan kebankrapan.

“Kalau nak tumpu undang-undang pendanaan politik tak sempat. Kenapa sebelum ini tak buat, jadi bila kita adakan pilihan raya umum (PRU) ada akta lompat parti, sepatutnya masa nak hadapi PRU ada akta pendanaan politik,” katanya ketika wawancara bersama media, baru-baru ini. 

Bagaimanapun katanya, pendanaan politik tetap diberi perhatian oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Malaysiapost

Komen