Saya akan kembali bertugas tak lama lagi – Alexander Nanta Linggi
MENTERI Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberi jaminan beliau akan kembali bertugas seperti biasa tidak lama lagi.
Beliau menjalani pembedahan lutut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) minggu lalu.
“Saya akan kembali ke pejabat tidak lama lagi,” tulis Ahli Parlimen Kapit itu di Facebook.
Menurut Alexander, beliau menerima panggilan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang bertanya khabar keadaannya selepas menjalani pembedahan.
“Saya berasa amat terharu atas keprihatinan beliau dan isteri yang sentiasa mengambil berat keadaan kesihatan saya.
“Sempat saya berkongsi dengan Perdana Menteri berkenaan fasiliti, layanan serta perkhidmatan profesional yang saya terima sepanjang berada di HKL.
“Terima kasih YAB Datuk Seri. Terima kasih, HKL. Terima kasih semua yang mendoakan saya,” katanya. – Malaysiapost