Kerajaan larang konsert atis luar negara pada hari kebesaran Islam

Kerajaan larang konsert atis luar negara pada hari kebesaran Islam

KERAJAAN melarang sebarang persembahan konsert artis luar negara di Malaysia diadakan pada hari atau malam sambutan hair kebesaran Islam, berkuatkuasa tahun depan. 

Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Agensi Pusat Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Asing (Puspal) dalam kenyataannya berkata, garis panduan baru menyenaraikan hari kelepasan Islam termasuk sepanjang bulan Ramadan, Tahun Baru Islam (Awal Muharram), Maulid Nabi Muhammad, Israk dan Mikraj, Nisfu Sya’ban, Nuzul Al-Quran, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji .

Bagaimanapun menurut Puspal, pengecualian diberikan sekiranya penganjur telah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Islam berkaitan.

Puspal menjelaskan, larangan itu bagi menghormati sambutan hari-hari kebesaran dalam agama Islam. 

Sebelum ini, sejak 2019 garis panduan Puspal tidak melarang persembahan pada malam sebelum dan pada hari sambutan kebesaran agama Islam selain bulan Ramadan.

Bagaimanapun, garis panduan baru itu memberi kelonggaran kepada penganjur mengadakan persembahan konsert artis luar negara ketika sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Menurut Puspal, garis panduan lama, persembahan sedemikian tidak dibenarkan dari 25 Ogos hingga 16 September. – Malaysiapost

Komen