Putra nafi bentuk pakatan bersama PN

Putra nafi bentuk pakatan bersama PN

PARTI Putra menafikan laporan bahawa ia akan membentuk pakatan bersama Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agungnya, Rosdi Idris berkata penyertaan atau pakatan bersama PN dalam usaha membentuk gabungan kekuatan parti Melayu terbesar di negara ini tidak berbangkit pada masa ini.

Katanya, isu penukaran nama Putra kepada Gerakan Tanah Air (GTA) juga tidak pernah disentuh dalam mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Putra setakat ini.

“Ini juga selaras dengan kenyataan Presiden Putra pada 3 Mac lalu yang segala keputusan hanya akan diketahui selepas Persidangan Agung Tahunan kali yang keempat yang dijadual berlangsung pada 7 Mei nanti,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu hari ini, Utusan Malaysia yang memetik sumber melaporkan Putra akan membentuk pakatan bersama PN bagi membentuk gabungan parti Melayu terbesar di negara ini. – Malaysiapost

Komen