Fahmi Fadzil positif terhadap DNB
Hisham Jalil
SURAT PEMBACA| Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan laporan Digital Nasional Berhad (DNB) telah berjaya memasang pencawang infra 5G seluruh negara dalam jangkaan sekitar 50 peratus.
Beliau mempertikai peratusan yang dikemukakan DNB itu. Bagaimanapun, dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan sekali lagi telah mengumumkan pembangunan infra 5G Malaysia telah mencapai 50 peratus.
Secara tidak langsung, PMX telah mengiktiraf pencapaian DNB dalam tempoh dua tahun ini.
Manakala yang terbaru, kenyataan rasmi Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil juga sudah sehaluan dengan DNB.

Maka, sudah boleh dijangka projek 5G yang menjadi kontroversi ini tidak akan tergugat malah akan diteruskan dengan perancangan yang lebih baik.
Semestinya pengguna internet di Malaysia akan berasa lega dengan pencapaian ini.
Ini adalah satu keputusan yang tepat untuk manfaat rakyat supaya mendapat liputan internet meluas dengan kualiti yang baik.

Seharusnya apa yang telah dibangunkan oleh DNB diteruskan oleh kepimpinan kerajaan hari ini demi kepentingan masyarakat.- Malaysiapost
(Artikel ini adalah surat pembaca dan ia tidak mewakili pendirian Malaysiapost)