Ramai sebak lihat hubungan akrab Adira, Datin Red

Ramai sebak lihat hubungan akrab Adira, Datin Red

HUBUNGAN akrab penyanyi Adira Suhaimi dan madunya Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim atau dikenali Datin Red mendapat pujian ramai tatkala kini sedang hangat isu ‘orang ketiga’.

Adira menerusi hantaran di Instagram, memuat naik video menyambut ulang tahun kelahiran Datin Red dalam sebuah majlis ringkas.

Dalam video itu, Adira telah memeluk erat dan menyuap kek hari lahir selepas menghadiahkan seutas gelang serta sebentuk cincin kepada Datin Red.

Menurut Adira, dia syukur dapat menyambut ulang tahun kelahiran Datin Red meskipun dilakukan awal sehari kerana bimbang tidak sempat untuk meraikannnya.

“Selamat hari lahir kakak sayang, tak tahu nak cakap apa tapi Alhamdulillah. Datang awal sehari sebab besok takut x sempat singgah,” tulisnya di entri itu.

Dalam masa sama, menerusi ruangan komen Datin Red menzahirkan ucapan terima kasih kepada Adira kerana sanggup meluangkan waktu dan memohon maaf kerana tidak dapat menjadi seorang kakak yang baik untuknya.

“Terima kasih adikku sayang. Maafkan akak sebab tak menjadi kakak yang baik,” ujar Datin Red.

Hantaran tersebut membuat ramai warganet sebak dengan hubungan akrab antara pelantun lagu Ku Ada Kamu itu dengan Datin Red walaupun hidup bermadu.

Malah, ramai yang memuji cara Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red dapat menguruskan kedua-dua isterinya dengan adil dan baik sekali.

Sebagai info, Adira mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, Anggun, 3 dan Ayoub enam bulan. – Malaysiapost

Komen