Ustaz Azhar Idrus masuk hospital kerana masalah paru-paru, jantung

Ustaz Azhar Idrus masuk hospital kerana masalah paru-paru, jantung

PENCERAMAH bebas, Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke hospital dipercayai mengalami masalah kesihatan membabitkan paru-paru dan jantung.

Susulan itu, kuliah Maghrib yang sepatutnya berlangsung Masjid Kampung Bukit Tadok, Kuala Telemung, Terengganu semalam terpaksa ditangguhkan pada waktu lain.

“Ditangguhkan atas sebab kesihatan, doakan Kesembuhan buat Murabbi Ustaz Azhar Idrus,” kata hantaran Facebook Ustaz Azhar Idrus.

Dalam pada itu, beberapa tokoh agama dan pemimpin politik mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan dengan masalah kesihatan dihadapi Azhar.

Antaranya seorang tokoh agama Indonesia, Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu yang kini dalam mengadakan siri jelajah ke Terengganu berkesempatan menziarahi Azhar yang kini sedang menjalani rawatan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat menerusi hantaran Facebook mendoakan kesihatan Azhar.

“Semoga kembali sihat seperti sediakala buat Murabbi Ummah, Ustaz Azhar Idrus,” tulis beliau.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat Azhar yang sinonim pendekatan komedi dalam setiap siri ceramah selama ini mendoakan kesihatannya. – Malaysiapost

Komen