Intan Saleh lantik peguam, ‘hadap’ tuntutan difail bekas suami, Izreen Azminda

Intan Saleh lantik peguam, ‘hadap’ tuntutan difail bekas suami, Izreen Azminda

Intan Saleh lantik peguam, ‘hadap’ tuntutan difail bekas suami, Izreen Azminda

KEMELUT antara Intan Liana Saleh, 37, dan bekas madunya, Izreen Azminda masih belum berakhir selepas kedua-dua pihak kini dilihat menyerahkan kes kepada peguam masing-masing.

Semalam, Intan yang juga seorang usahawan berkongsi gambar bersama peguamnya di Instagram dengan memaklumkan individu berkenaan akan membantunya di mahkamah kelak.

Intan memaklumkan, dia akan diwakili peguam Mahmud Jumaat bagi kes tuntutan difailkan oleh bekas suami dan Izreen.

Difahamkan, Intan Saleh juga dibantu oleh aktivis, Mona Din juga bagi membela nasib wanita yang mempunyai masalah dengan bekas suami.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Intan selepas mengetahui apa yang pernah dilalui dalam krisis rumah tangga terdahulu.

Antara yang memberikan kata-kata semangat adalah isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat yang turut mengalami nasib sama sepertinya.

“Come on Kak Intannnn… Shu ada dekat sini berdiri sebelah Kak Intan juga. Allah Maha Mengetahui setiap perkara,” tulis Shuhada.

“Alang-alang pihak sana dah nak saman, Intan mulakan tuntutn mut’ah macam kes Lufya pula untuk bekas suami, Minta lah juta2..,” tulis lizaomar98.

“Tuntut balik mutaah, nafkah iddah dan ganti rugi dari kes yang lepas bonda (Intan) kasi ajar,” tulis imannami90.

Terdahulu, hubungagan Intan dan bekas suaminya serta Izreen semakin panas apabila mereka saling berbalas kenyataan di media sosial, Januari lalu.

Malah, Izreen juga mahu berdepan dengan Intan untuk berbincang serta telah menyerahkan perkara tersebut kepada peguam untuk tindakan lanjut. – Malaysiapost

Komen