Pelancong warga Perancis cedera panjat gunung di Cameron Highlands

Pelancong warga Perancis cedera panjat gunung di Cameron Highlands

SEORANG pelancong wanita warga Perancis cedera ketika melakukan aktiviti mendaki gunung di Carol Hill, dekat Cameron Highlands, tengah hari tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria, pihaknya menerima laporan jam 12.02 tengah hari dan menghantar pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands untuk memberi bantuan.

“Seramai sembilan pegawai dan anggota, termasuk anggota bomba sukarela terbabit dalam operasi membawa mangsa turun dari gunung itu.

“Ketika kejadian, mangsa berusia 37 tahun bersama suami dan dua anaknya sedang mendaki gunung berkenaan untuk beriadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulfadli berkata, pasukan bomba menggunakan pengusung untuk membawa turun mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian bahu.

“Mangsa diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan untuk diberikan rawatan lanjut,” katanya. – Malaysiapost

Komen