Saiful Lizan galas tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia

Saiful Lizan galas tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia

TIMBALAN Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim menerima Nota Serah Tugas sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia, hari ini.

Majlis Nota Serah Tegas itu disempurnakan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil yang akan bersara wajib pada 19 Mac ini.

Maritim Malaysia dalam kenyataan berkata, Saiful Lizan akan menanggung tugas berkenaan sehingga Ketua Pengarah yang baharu dilantik.

Majlis Nota Serah Tegas itu disempurnakan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil yang akan bersara wajib pada 19 Mac ini.

Sementara itu, Saiful Lizan berkata, sebagai salah seorang pegawai perintis Maritim Malaysia, Mohd Zubil merupakan antara pegawai yang diarahkan bagi menguruskan proses kemasukan pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke dalam Maritim Malaysia pada 2006.

“Atas komitmen tinggi dan kewibawaan dalam memastikan Maritim Malaysia setaraf dengan agensi penguat kuasa lain di dalam negara ini,

“Mohd Zubil juga turut menjadi tulang belakang kepada usaha penubuhan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di Kuantan Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Nota Serah Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia di Putrajaya hari ini.

Saiful Lizan berkata, akademi itu diwujudkan bagi memberikan latihan kemahiran dan kepakaran kepada pegawai serta anggota khususnya bagi pengambilan baharu.

“Penubuhan AMSAS ini secara tidak langsung memperkukuh keupayaan Maritim Malaysia agar dilihat relevan dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan perairan negara.

“Pegawai dan anggota Maritim Malaysia perlu mencontohi dan menjadikan Datuk Mohd Zubil sebagai idola kerana tindakan taktikal dan keberanian yang dipamerkan beliau semasa menyertai dan melaksanakan operasi yang dijalankan.

“Ia sama ada dalam negara mahupun ketika mengikuti misi keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya. – Malaysiapost

Komen