Pemilihan Umno: Ramai penyandang Ketua Umno Bahagian berjaya kekalkan jawatan

Pemilihan Umno: Ramai penyandang Ketua Umno Bahagian berjaya kekalkan jawatan

BEBERAPA penyandang Ketua Umno Bahagian dilaporkan berjaya mempertahankan jawatan masing-masing di peringkat bahagian dalam pemilihan UMNO bagi sesi 2023-2026 hari ini.

Antaranya adalah Datuk Seri Azalina Othman Said yang berjaya mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Pengerang yang disandangnya sejak 2008.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu turut bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno dalam pemilihan kali ini.

Selain itu, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said turut dilapor mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Kemaman. Beliau turut merebut jawatan MKT dalam pemilihan kali ini.

Selain itu, Pengerusi Umno Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin juga mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Gombak.

Turut dilaporkan berjaya mempertahankan jawatan disandang adalah Ahli Dewan Negara Datuk Armand Azha yang mengekalkan kerusinya sebagai Ketua Umno Bahagian Subang.

Sementara itu, Datuk Mohd Razlan Rafii dilapor berjaya menumpaskan penyandang jawatan Ketua Umno Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal.

Mohd Razlan menang dengan majoriti besar, 206 undi berbanding 55 undi diperolehi oleh Mustapa. – Malaysiapost

Komen