Wan Rosdy masih mendahului perebutan Naib Presiden Umno
PENGERUSI Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendahului saingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu, petang ini.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Umno Online, setakat jam 5.40 petang tadi, Menteri Besar Pahang itu, meraih lapan undi.
Penyandang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ditangga kedua dengan tujuh undi, manakala Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerima enam undi.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, lima undi diikuti seorang lagi ahli MKT Datuk Seri Azalina Othman Said yang menerima empat undi.
Seorang lagi penyandang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid meraih dua undi dan Ketua Umno Pontian, Datuk Hasni Mohammad, masing-masing meraih satu undi.
Ahli Umno Iskandar Puteri, Dr Mohd Yusof Musa pula masih belum meraih sebarang sokongan bagi menempatkan diri ke jawatan itu. – Malaysiapost