Warga emas maut rumah terbakar

Warga emas maut rumah terbakar

Ben Ibrahim

SEORANG warga emas maut dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Keladi, dekat Lipis, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata mayat lelaki berusia 77 tahun itu ditemui di luar rumah berkenaan.

“Mangsa dikenali sebagai Yusof Kindok dan menetap di rumah itu berseorangan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai tidak sempat menyelamat diri ketika kebakaran itu berlaku.

“Mayat mangsa ditemui kira-kira lima meter dari rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Mayat lelaki berusia 77 tahun itu ditemui di luar rumah berkenaan.

Azli memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian itu jam 5 petang

Sementara itu, pegawai perhubungan awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, dua jentera bersama sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis terbabit dalam operasi memadam kebakaran berkenaan.

Keadaan rumah mangsa yang musnah 100 peratus akibat kebakaran itu.

“Rumah itu musnah 100 peratus manakala mangsa yang maut mengalami kesan melecur pada sebahagian badan,” katanya. – Malaysiapost

Kredit foto: Bomba Lipis

Komen