Polis nafi ada himpunan besar-besaran nak tumbangkan kerajaan
KENYATAAN tular di media sosial kononnya satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan di ibu negara untuk menumbangkan kerajaan sedia ada adalah tidak benar.
Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan kenyataan yang boleh membangkitkan kegusaran awam menerusi mana-mana platform media sosial.
Beliau berkata, perbuatan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang terlibat.
“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang berniat ingin menimbulkan kegusaran awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, semakan mendapati kandungan kenyataan tersebut adalah tidak benar di mana keadaan tahap keselamatan semasa adalah baik dan terkawal.
Semalam, tular di media sosial mendakwa bakal berlaku satu perhimpunan besar-besaran oleh orang Melayu di ibu negara, bertujuan menumbangkan kerajaan semasa. – Malaysiapost