Wan Rosdy, Johari, Khaled menang Naib Presiden Umno

Wan Rosdy, Johari, Khaled menang Naib Presiden Umno

MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjadi dua muka baharu mengisi tiga jawatan Naib Presiden parti.

Penyandang jawatan itu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi Umno Johor dan Ahli Parlimen Kota Tinggi pula berjaya mengekalkan kedudukannya.

Ketiga-tiga mereka meninggalkan lima calon Naib Presiden yang lain termasuk Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hasni Mohamad, Datuk Seri Mahdzir Khalid, juga Dr Mohd Yusof Musa.

Setakat 9.15 pagi ini, Wan Rosdy memperoleh 116 undi daripada 189 bahagian yang bersidang semalam.

Khaled pula mendapat 104 undi dan Johari 96.

Ahli Parlimen Pengerang yang pada awalnya memberi saingan sengit kepada Johari hanya memperoleh 63 undi.

Reezal Merican yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno mendapat 44 undi manakala Hasni 41 undi.

Sementara itu, Mahdzir, penyandang Naib Presiden Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Padang Terap, sekadar memperoleh 31 undi.

Mohd Yusof pula masih belum memperoleh sebarang undi. – Malaysiapost

Komen