PELAKON Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil, awal bulan ini.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson membuat permohonan cerai tersebut atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Difahamkan, permohonan cerai pelakon itu telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam hari ini.
Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.
Menerusi laporan media tempatan, pasangan tersebut tidak lagi tinggal serumah.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.
Farid, 42, dan Diana, 32, berkahwin pada 2012 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad, 9, dan Nur Aurora, 6. – Malaysiapost