Kejohanan Liga Penalti guna pendekatan dakwah Rahmah

KEJOHANAN Liga Penalti Datuk Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang berlangsung semalam merupakan inisiatif rahmah merentasi agama dan bangsa.

Aktiviti sukan berkenaan menampilkan adab yang sesuai dengan syarak terutamanya dalam hal menutup aurat di samping menjadikan umat Islam sentiasa cergas.

Ia dianjurkan JAWI Putrajaya dengan kerjasama strategik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Perbadanan Putrajaya (PPJ) dan Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) Malaysia.

Penganjuran Kejohanan Liga Penalti itu adalah terbesar di Wilayah Persekutuan sejak 10 tahun lalu.

Kejohanan berorientasikan dakwah melalui riadah itu berlangsung di Padang The Equestrian Park Presint 5, Putrajaya disertai 84 pasukan dari seluruh negara membabitkan pelbagai bangsa dan agama.

Pasukan yang datang dari Kedah, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor beraksi dengan semangat kesukanan yang muhibbah.

Penganjuran sukan yang bertujuan melestarikan gaya hidup sihat turut menampilkan adab yang sesuai apabila semua peserta memakai pakaian menutup aurat.

Selain itu, peserta mematuhi kempen berhenti merokok dan menunaikan solat secara berjemaah menggunakan surau bas bergerak yang disediakan JAWI.

Acara itu dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Mohd Fadhil Abu Kassim dan hadiah kejohanan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dr Zamihan Mat Zin Al-Ghari. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights