Tinggalkan adu domba, bina politik matang – Khairuddin

MASYARAKAT mempunyai kewajipan meninggalkan politik adu domba dan membina politik matang serta sejahtera di negara ini.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berpandangan semua pihak boleh mengkritik tetapi bukannya mengutuk.

“Berikan kritikan secara membina. Mengolah bukan menfitnah. Jangan bertindak mengapi-apikan bangsa dan agama.

“Kita bersama memperkasakan Islam dalam negara,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau mengulas peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang meniup api perkauman atau fanatik agama untuk mencetuskan huru-hara. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights