Adi Putra bukan lagi Mat Kilau

DATUK Adi Putra mengesahkan beliau tidak akan terlibat dalam filem Mat Kilau 2.

Perkara itu disahkan pelakon utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan tersebut selepas dimaklumkan oleh penerbit filem berkenaan.

Memetik Astro Gempak, Adi Putra yang membawa watak utama dalam filem Mat Kilau terdahulu berkata, beliau reda dan tidak mempersoal mengenai keputusan tersebut.

“Saya dapat pengesahan menerusi kenyataan yang dikeluarkan daripada penerbit, jadi saya akur dengan pengesahan yang dibuat. Saya terima dengan qada’ dan qadar. Saya juga tidak mempersoalkan mengenai perkara tersebut. Saya reda,” katanya.

Dalam pada itu, Adi Putra berkata beliau tiada kuasa untuk menentukan barisan pelakon yang membintangi filem tersebut.

“Saya tak mahu komen, namun saya tetap melahirkan rasa syukur dan Alhamdulillah sebab penerbit dan pelakon ada batasan.

“Penerbit ada kuasa untuk menerbitkan dan ketentuan untuk pemilihan. Saya hanya pelakon atau boleh dikatakan sebagai pekerja buruh.

“Pelakon ini dalam kategori freelance, tidak ada mutlak kerana kami tidak menerbitkan sesuatu,” katanya.

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berjaya memecahkan rekod apabila menjadi filem yang paling banyak ditonton dengan mengutip hampir RM100 juta. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights