Husam sahkan dilantik Pengerusi SPNB

BEKAS Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang baharu.

Husam mengesahkan pelantikan berkenaan namun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

“Saya belum masuk pejabat lagi, Insya-Allah cadangnya hari Khamis. Nanti selepas itu (beri kenyataan),” katanya lapor BH.

Husam yang juga bekas calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pasir Mas sebelum ini pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Husam tewas kepada calon PAS, Ahmad Fadhli Shaary.

Bekas Pengerusi PH Kelantan itu pernah menjadi Naib Presiden PAS dan menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan dalam kerajaan negeri pada tahun 2008. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights