‘Kenapa baru sekarang failkan nusyuz?’ – Puteri Sarah

PELAKON, Puteri Sarah mempersoalkan tindakan suaminya, Syamsul Yusof yang memfailkan permohonan nusyuz terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini.

Pemilik nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Kamaruddin itu, turut mempertikaikan tindakan Syamsul membuat tuntutan nusyuz tersebut hari ini, sedangkan kemelut rumahtangga mereka sudah berlarutan selama empat tahun.

Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menangkis dakwaan suaminya yang mengatakan dirinya curang dengan bekas kekasih.

“Kenapa baru sekarang nak failkan nusyuz sedangkan masalah ini sudah berlaku sejak empat tahun lalu. Apa yang dia mahukan lagi? Buatlah apapun kerana saya tidak takut. Saya yakin saya di pihak yang benar.

“Cuma saya ingin ingatkan yang mereka (Syamsul dan pihak ketiga) sekarang ini sedang dalam siasatan di bawah satu akta kesalahan jenayah syariah,” katanya seperti dilapor Kosmo Online.

Puteri Sarah juga memaklumkan, mereka yang terlibat dalam krisis rumah tangganya sudah dipanggil pihak berkuasa dan sedang menunggu tindakan lanjut undang-undang.

“Mereka pun sudah dipanggil untuk beri keterangan dan saya sedang menunggu tindakan lanjut dari mahkamah.

“Jadi siapa yang nusyuz? InsyaAllah segala kebenaran akan terbongkar. Tunggu dan lihat. Nak sangat kata saya curang. ‘Spin’ selagi boleh,” katanya lagi.

Terdahulu, Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah yang juga isteri pertamanya itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Antara alasan tuntutan nusyuz yang difailkan Syamsul terhadap Sarah adalah kerana wanita itu masih berhubung dengan bekas kekasihnya yang juga yang kini berstatus suami orang.

Tarikh sebutan semula kes tuntutan nusyuz Syamsul terhadap Sarah akan disambung semula pada 6 April depan.

Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights