Selepas berlakon, kini Maszlee kembali jadi pensyarah

BEKAS Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik kini bergelar pensyarah di sebuah universiti swasta di Cyberjaya.

Maszlee memaklumkan perkara itu menerusi hantaran ringkas di Facebooknya termasuk memuatnaik profile kakitangan berserta gambarnya.

“Kembali mengajar… Terima kasih @unicyberjaya di atas kepercayaan yang diberi.

“Saya akan mengajar subjek berkaitan topik kemanusiaan dan pendidikan yang berkaitan,” tulis.

Sebelum ini, Maszlee muncul sebagai pelakon cameo dalam drama Astro Original Series, Kudeta yang ditayangkan di Astro Ria dan Astro Go.

Maszlee, 49, yang membawakan watak sebagai Jamal Banna bekas Perdana Menteri (PM) yang dipenjarakan atas tuduhan jenayah.

Namun, drama itu mencetuskan kontroversi apabila terdapat babak di mana Maszlee menggunakan dialog yang menimbulkan kecaman di sosial media kerana disifatkan sebagai penghinaan kepada kaum wanita.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Maszlee yang juga penyandang kerusi Parlimen Simpang Renggam tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasni Muhammad.

Maszlee memperoleh 16,491 undi, manakala bekas Menteri Besar Johor itu mendapat 18,312 undi. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights