Umno umum Asyraf sebagai SUA baharu, Azalina Ketua Penerangan

KETUA Umno Bahagian Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno Malaysia yang baharu bagi menggantikan Isham Jalil.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini turut melantik Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Setiausaha Agung Umno yang baharu.

Bekas Ketua Pemuda Umno itu mengambil alih tugas yang sebelum ini digalas Datuk Seri Ahmad Maslan yang telah dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Pontian dan Ahli MKT Umno pada pemilihan parti itu Sabtu lalu. .

Pelantikan-pelantikan baharu itu disahkan dan dimaklumkan oleh Ahli MKT Umno Datuk Mohd Sharkar Shamsudin kepada Malaysiapost sebentar tadi.

“Hari ini di Mesyuarat MKT, Azalina di lantik jadi Ketua Penerangan Umno Malaysia dan Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung Umno Malaysia menggantikan Ahmad Maslan,” katanya.

Pada Pemilihan Umno 2023 lalu, Azalina tewas dalam saingan lapan penjuru merebut jawatan Naib Presiden Umno, manakala Asyraf tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda dan bertanding dalam sebarang jawatan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights