Zamri Misman kini Ketua Pengarah JPN 

TIMBALAN Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), Zamri Misman, dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baharu, berkuat kuasa semalam.

Beliau menggantikan Datuk Ruslin Jusoh yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Imigresen.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan JPN, Zamri, 51, berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 26 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1997.

“Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) pernah bertugas di pelbagai Agensi Persekutuan termasuklah di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan kemudiannya bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, JPN turut merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ruslin atas segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang beliau berada di jabatan berkenaan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights