Banjir di Johor hampir pulih sepenuhnya

SITUASI banjir di Johor hampir pulih sepenuhnya dengan kini hanya tinggal hanya 419 mangsa daripada 113 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 6 pagi tadi.

Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), hanya satu daerah iaitu Batu Pahat masih terjejas dengan lima PPS masih dibuka.

Jumlah itu menyaksikan penurunan berbanding 1,83 mangsa daripada 490 keluarga yang ditempatkan di 17 PPS di daerah sama semalam.

Bencana banjir yang melanda negara bermula 25 Februari lalu telah menjejaskan enam negeri dan paling serius terkesan adalah di Johor.

Sepanjang banjir kali ini, seramai 88,708 mangsa di Johor direkodkan di PPS dan ia tidak termasuk penduduk yang terkesan namun tidak berpindah . – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights