Dakwa tidak dibayar gaji, guru tuisyen curi 5 projektor

TIDAK dibayar gaji menjadi alasan seorang guru sambilan yang ditahan kerana mencuri mesin projektor di sebuah pusat tuisyen di Jalan Merdeka Ampang, Kampung Baru Ampang, Kuala Lumpur. 

Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di pekarangan IPD Ampang Jaya semalam kerana mencuri lima mesin projektor berjumlah RM13,000, lapor Harian Metro. 

Pekerja pusat tuisyen telah memaklumkan kepada pengetua berhubung kehilangan projektor berkenaan pada 10 pagi Rabu lalu dan mengesyaki ia dilakukan suspek.

Tindakan suspek yang baru sebulan mengajar di pusat tuisyen itu turut disedari beberapa pelajar yang berada dalam kelas ketika kejadian.

Lelaki itu mendakwa tindakannya mencuri projektor itu kerana tidak menerima gaji hampir RM3,000.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya menahan suspek dan turut merampas projektor dicurinya.

Jelasnya, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights