HAFIZ Ariffin kini Setiausaha Agung (SUA) Pemuda Umno bagi sesi 2023 hingga 2026.
Pelantikan Ketua Pemuda Umno Sembrong itu sebagai SUA Pemuda Umno diumumkan Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.
Sementara itu, Dr Akmal turut mengumumkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie sebagai Ketua Penerangan Pemuda Umno.
“Bendahari Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, saudara Mohd Naim Kurniawan Moktar.
“Tahniah atas lantikan dan diharapkan lantikan ini dapat mengukuhkan kekuatan pemuda Umno Malaysia,” katanya. – Malaysiapost