Hati saya sakit bila suami dihina, kena body shaming’ – Isteri Aaron Aziz

DIYANA Halik, isteri kepada pelakon popular Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa sedih dan kesal kerana merasakan suaminya dihina secara terbuka.

Menerusi hantaran di Instagram, Diyana memberitahu terkejut dengan kenyataan ymdibuat pengarah sensasi, Syamsul Yusof dalam satu sidang media, dua hari lalu.

“Selepas melihat apa yang berlaku di internet, hati saya sakit bila suami saya dihina, dan kena ‘body shaming’. Selama ini, saya tidak pernah gunakan media sosial untuk luahkan perasan dan sentiasa kekal tenang.

“Tetapi kali ini saya tidak mampu menerimanya dan terpanggil untuk melindungi suami sendiri. Mungkin sebab saya nampak usaha dan komitmennya,” kata Diyana dalam hantaran itu.

Rabu lalu, Syamsul tampil mendedahkan sebab nama Aaron digugurkan daripada beraksi dalam filem terbaharu arahannya, The Original Gangster.

Menurut Syamsul, nama aktor kelahiran Singapura itu terpaksa digugurkan daripada penggambaran tersebut kerana Aaron mengalami masalah kesihatan selain kenaikan berat badan.

Sebelum ini, media melaporkan Aaron mendedahkan bukan dia yang menarik diri dari berlakon dalam filem The Original Gangster arahan Syamsul, sebaliknya dia telah dibuang.

Bagaimanapun, Aaron tidak mahu mendedahkan punca dia dibuang daripada filem berkenaan kerana enggan membuka aib sesiapa. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights