AKSI kanak-kanak yang dihantar ke balai polis berikutan enggan ke sekolah mendapat perhatian warganet dan rakaman tersebut menjadi tular di media sosial.
Menerusi video di Instagram PDRMSIA_official, seorang kanak-kanak lelaki dibawa oleh ibunya ke sebuah balai polis untuk ‘melapor’ anaknya yang tidak mahu ke sekolah.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang anggota keluar daripada pejabatnya menuju ke kereta milik ibu kanak-kanak tersebut.
Dalam perbualan tersebut, ibu kanak-kanak itu mengadu anaknya enggan ke sekolah jadi terpaksa menghantarnya untuk ditangkap polis.
Difahamkan, video tersebut dirakam di sebuah balai polis terletak di Sarawak.
Video tersebut membuatkan netizen geli hati melihat kanak-kanak itu terdiam kerana takut berdepan dengan anggota tersebut.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata kaum ibu mahu mencuba juga cara tersebut kerana mengalami situasi yang sama di mana anak-anak tidak mahu ke sekolah.
“Boleh la bawa anak pegi balai polis Bukit Raja. Asal nak pergi sekolah mesti menangis. Dah la emaknya dalam pantang, macam tak gaya dalam pantang dah,” kata Aisyah.
“Anak saya dulu mandi pun tak mahu sebab tak suka pergi sekolah. Buka bunyi siren polis di Youtube, buat mahu telefon polis baru la pergi mandi,” ujar Littlekiddo.
“Budak-budak memang auto takut dengan polis. Terserempak dengan kereta peronda dia menyorok tu tak boleh bincang,” kata Aina.
Semakan Malaysiapost mendapati video tersebut sudah mendapat lebih 121,000 tontonan dan 10,000 tanda suka. – Malaysiapost