Khairuddin kini Penasihat Agama kepada TPM

DATUK Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kini bertugas sebagai Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun pelantikan bekas pemimpin PAS itu adalah secara pro bono, kata sumber Pejabat Timbalan Perdana Menteri. 

“Beliau berkhidmat sebagai Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri tanpa gaji,” kata sumber itu kepada Malaysiapost, hari ini. 

Khairuddin yang merupakan bekas Setiausaha Majlis Ulama PAS juga menggalas tanggungjawab sebagai Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno yang baharu ditubuhkan bulan lalu. 

Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2011, mengisytihar keluar daripada PAS pada September tahun lalu. 

Khairuddin pernah melanjutkan pengajian di Universiti Jordan dalam jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Arab seterusnya ke peringkat Sarjana dalam bidang sama di Universiti Aal al-Bayt, Mafraq, Jordan pada tahun 2000. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, beliau bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Nerus sebagai calon Barisan Nasional namun tewas kepada calon Perikatan Nasional. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights