DBKL buat persiapan rapi pembukaan Bazar Aidilfitri

BAZAR Aidilfitri Lorong Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur (Bazar Aidilfitri [email protected] TAR) sudah menjadi identiti dan sinonim dengan warga kota setiap kali menjelangnya Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

Kehadiran dan kemeriahannya memang dinanti-nantikan bagi mereka yang ingin membuat persiapan raya.

Menjelang pembukaannya pada Rabu ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini sedang membuat persiapan rapi bagi kelancarannya.

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, DBKL memaklumkan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah turut meluangkan masa meninjau persiapan Bazar Aidilfitri [email protected] TAR, semalam.

Dalam tinjauan itu Datuk Bandar mengadakan perbincangan bersama pegawai-pegawai kanan DBKL berkaitan isu aliran trafik ke pusat bandar, kemudahan parkir dan halangan laluan pejalan kaki.

Beliau juga membincangkan mengenai isu kebersihan dan keindahan kawasan sekitar, keselamatan pengunjung, penguatkuasaan dan sebagainya bagi memastikan operasi Bazar kali ini berjalan lancar.

“Bazar Aidilfitri [email protected] TAR akan mula beroperasi pada 29 Mac 2023 dan DBKL sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan persiapan para penjaja mematuhi syarat yang telah ditetapkan demi keselesaan dan keselamatan pengunjung.

“Bazar Aidilfitri Lorong TAR sudah menjadi identiti dan sinonim dengan wargakota setiap kali menjelangnya bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri. Kehadirannya dinanti.. tidak hairanlah kenapa DBKL sentiasa membuat persiapan rapi,” menurut DBKL. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights