Masjid Kampung Baru Bentong dinamakan semula sebagai Masjid Tunku Azizah Iskandar

RAJA Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian dan penamaan semula Masjid Kampung Baru Bentong, semalam.

Dalam hantaran di laman Facebook rasmi Istana Negara, memaklumkan masjid berkenaan dinamakan semula sebagai Masjid Tunku Azizah Iskandar.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

“Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan turut hadir di majlis tersebut.

“Seri Paduka Baginda dalam Titah Diraja menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri kerana diberi penghormatan merasmikan dan menamakan masjid tersebut yang telah mula digunakan pada 2020.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk setempat dan menunaikan solat Maghrib, Isyak serta tarawih berjemaah di masjid tersebut,” katanya.

Berkeluasan kira-kira 0.60 hektar, Masjid Tunku Azizah Iskandar boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights