Melaka menuju pembentukan kerajaan Madani – Zahid

MELAKA sedang menuju proses membentuk kerajaan perpaduan seperti kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keharmonian muafakat politik itu harus diberi keutamaan dalam landskap politik hari ini, lapor Malaysia Gazette.

“Ini satu keindahan apatah lagi dalam sebuah Kerajaan Madani yang terbentuk di Peringkat Persekutuan.

“InsyaAllah di Melaka belum lagi terbentuk Kerajaan Madani… tetapi kita ke arah itu mungkin ada.

“Namun hakikat yang kita akan lihat bila enam negeri ada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang pasti landskap politik telah berubah, pasti situasi juga turut bertukar,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri sebelum itu merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Jamek Ar-Rahman, Kampung Pulai Serkam, Melaka, malam ini.

Ahmad Zahid berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dengan Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka selepas ini. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights