Skuad Harimau Malaya B-22 juara Piala Merlion

SKUAD Harimau Malaya bawah 22 tahun (B-22) menjulang Piala Merlion buat kali pertama selepas menewaskan skuad B-22 Hong Kong 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi.

Foto ihsan Facebook FAM

Pasukan kendalian E Elavarasan menjulang kejohanan edisi kesembilan itu hasil jaringan Najmudin Akmal pada minit ke-74 dan Safwan Mazlan minit ke-79.

Hong Kong berjaya mengurangkan defisit gol melalui pemain Lau Ka Kiu pada minit ke-80.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh turut mengucapkan tahniah atas kejayaan skuad negara itu.

“Tahniah Skuad Harimau Malaya B-22 yang menjuarai Merlion Cup 2023 malam ini!” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Foto ihsan Facebook FAM

Kemenangan itu pasti memberi semangat buat anak-anak buah Elavarasan menjelang temasya Sukan SEA yang akan berlangsung di Kemboja, pada Mei ini.

Terdahulu dalam kejohanan sama, penentuan tempat ketiga dimenangi Kemboja menewaskan tuan rumah, Singapura dengan keputusan 2-1.

Kemboja mendahului 2-0 menerusi Vouen Va (minit ke-12) dan Ky Rina (minit ke-31) sebelum Singapura mengurangkan defisit hasil jaringan Jordan Imaviwe (minit ke-74). – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights