Tun M dakwa tak kayakan anak, ‘Najib’ tampil kemuka bukti

SELEPAS Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau tidak pernah “mengkayakan” anak-anaknya ketika menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tampil mengemukakan bukti.

Melalui Facebooknya, Najib yang juga bekas Perdana Menteri memuat naik beberapa hantaran membabitkan perniagaan anak Mahathir yang mempunyai hubung kait dengan kerajaan.

Artikel yang dimuatnaik di Facebook Najib dipercayai dibuat pengendali laman sosial itu bagi pihak bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Najib turut memuat naik dakwaan berhubung kaitan anak Mahathir khususnya Mirzan dalam beberapa projek kerajaan, namun gagal dijawab bekas Ahli Parlimen Langkawi itu sehingga kini.

“Rasanya, korang tak pernah tahu atau tak percaya sebab Mahathir asyik kata anak dia tidak pernah terlibat dalam perniagaan dengan kerajaan semasa dia PM4 biarpun pada ketika itu, anak-anak dia merupakan pemilik saham terbesar dalam 12 buah syarikat tersenarai.

“Anak Mahathir pernah merupakan pemilik saham terbesar sebuah bank di Malaysia – iaitu PhileoAllied Bank

“Pada tahun 2000, Maybank milik PNB umum mahu beli PhileoAllied Bank dengan harga RM1.2 bilion dengan cara penukaran saham.

“Tapi anak Mahathir membantah.
Lalu Maybank pun naikkan harga pembelian kepada RM1.3 bilion dengan membayar ‘cash’. Kali ini, dia setuju dan bank dia dijual kepada Maybank,” tulis Najib di Facebooknya.

Katanya, selepas dibayar tunai oleh Maybank, syarikat PhileoAllied terus membeli Pos Malaysia dari kerajaan Malaysia dengan harga RM800 juta.

Namun katanya, anak Mahathir nafi dia terlibat dengan pembelian Pos Malaysia sebab kononnya sudah melepaskan semua saham miliknya dalam syarikat tersebut sebaik sahaja Maybank membeli PhileoAlied Bank.

Terdahulu hari ini dalam satu tulisannya, Mahathir mendakwa orang Melayu hilang segalanya serta semakin miskin selepas beliau tidak menjadi Perdana Menteri.

Malah usaha untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu melalui proklamasi Melayu ditentang oleh kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut Najib turut membangkitkan mengenai pembabitan Mirzan dengan pembinaan konsortium perkapalan pada tahun 1990-an yang mendapat suntikan Petronas.

“Adakah Mirzan anak anda ketika dia membina konsortium perkapalan pada tahun 1990-an yang akhirnya memerlukan bailout dari Petronas melalui MISC semasa krisis ekonomi 1998?

“MISC Membayar $ 220 Juta Harga Untuk Aset Anak Mahathir
Bukankah MISC dan Petronas melapor kepada anda sebagai PM pada waktu itu?,” soal Najib lagi.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights