‘Bunga ini untuk Diana tanda pendamaian’ – Farid Kamil

PELAKON Farid Kamil tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, dengan membawa jambangan bunga Mawar untuk isterinya, Diana Danielle, 32.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 42, tiba kira-kira jam 9 pagi menaiki kereta Vellfire berwarna putih turut kelihatan ceria.

“Bunga ini untuk Diana tanda pendamaian pertama,” katanya ringkas.

Sementara itu, Diana hadir lebih awal pada jam 8.55 pagi memakai baju hitam bersama pengawal peribadi.

“Salam Ramadan,” katanya.

Kira-kira lebih 30 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 7 pagi untuk membuat liputan.

Farid dan Diana hadir bagi memaklumkan kepada mahkamah mengenai pelantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam menyelesaikan konflik rumah tangga, selepas aktor terbabit enggan melafazkan cerai terhadap isterinya.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights