Rasuah: Anwar sahkan MP kerajaan turut disiasat

AHLI Parlimen kerajaan turut disiasat berkaitan dakwaan rasuah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menjelaskan, terdapat siasatan melibatkan kedua-dua belah pihak sama ada kerajaan mahu pun pembangkang.

“Saya tak tahu khusus. Tetapi yang saya tahu ada siasatan, ada melibatkan pembangkang dan blok kerajaan. Saya tak tahu jawatannya.

“Saya hanya tanya kepada pihak penguatkuasaan. Memang ada siasatan. Kemudian sama ada pendakwaan dibuat atau tidak terserah kepada badan penguatkuasaan iaitu Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam sesi soal jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yussof (PNl-Rantau Panjang) yang mahu tahu adakah terdapat siasatan rasuah terhadap Ahli Parlimen blok kerajaan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights