ASNB umum agihan pendapatan 5 sen seunit untuk ASB 2, RM4.50 untuk ASM

AMANAH Saham Nasional Berhad (ASNB) mengagihkan pendapatan sebanyak RM1.64 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023.

Ia adalah untuk dua dana harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM).

ASB 2 mengisytihar jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM0.62 bilion, bersamaan 5 sen seunit kepada 513,244 pemegang unit yang kini memiliki 12.42 bilion unit.

Manakala ASM mengagihkan sebanyak RM1.02 bilion, bersamaan 4.50 sen seunit kepada 575,351 pemegang unit dengan pegangan 22.74 bilion unit.

Sehingga 28 Mac 2023, ASB 2 merekodkan pendapatan bersih terealisasi RM536.09 juta, manakala ASM mencatatkan RM784.83 juta.

Urus niaga ASB 2 dan ASM di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet kini ditangguh sementara dari 28 hingga 31 Mac 2023.

Ia bagi memudahkan proses pengiraan pengagihan pendapatan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights