Bulan Ramadan ni Datuk Seri, tak perlulah menari tergedik-gedik – PU Syed

AKSI tergedik-gedik Datuk Seri Alif Syukri menerusi sedutan lagu raya baharu nyanyiannya di media sosial, mendapat perhatian pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau PU Syed.

Dalam hantaran video di Facebooknya, Syed Mohd Bakri menegur usahawan sensasi itu kerana tidak sensitif dengan kemuliaan bulan Ramadan apabila memuat naik klip video pendek lagu raya berjudul Cak Kun Cak Raya nyanyiannya di media sosial.

“Kepada Datuk Seri Aliff Syukri, kita berada di bulan Ramadan, bulan yang penuh keabdian kita kepada Allah SWT.

“Justeru saya rasa dengan video klip lagu Datuk Seri yang tergedik-gedik, penari latar di belakang itu sangat tidak sesuailah.

“Ini kerana, kita nak sambut Aidilfitri nanti bertujuan untuk menyambut kemenangan melawan hawa nafsu, bukan sebab kita ikut hawa nafsu, tetapi kita sambut kemenangan dengan takbir, tahmid, tahlil kepada Allah SWT,” katanya.

Pendakwah itu turut menasihatkan agar Aliff tidak menari dalam setiap lagu yang ingin disampaikan.

“Walaupun ada orang kata tak sedap, tapi saya rasa sedaplah, ada bakat dan ada keyakinan penuh dalam diri anda.

“Tapi dengan gaya penyampaian, nyanyian dan tarian tersebut sangat tidak sesuai. Ubahlah, tak payah menari pun tak apa, mennyanyi begitu pun cukuplah,” katanya.

https://twitter.com/AkeemSharyzal/status/1641281731029499904?t=0-m-VBWY9MCw7RC277UhIg&s=19

Terdahulu lagu raya terbaharu nyanyian Aliff dikecam netizen selepas dia berkongsi sedutan lagu rayanya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Tahun lalu, Aliff dipanggil memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membantu siasatan berhubung klip video lagu Kelepok Raya yang dikaitkan dengan unsur bertentangan dengan norma dan budaya tempatan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights