Isteri Ahli Parlimen Tanah Merah meninggal dunia

ISTERI kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz meninggal dunia malam tadi.

Allahyarhamah Datin Seri Norihan Ayob, 51, menghembus nafas terakhir di Gleneagles Hospital, Kuala Lumpur pada jam 10.10 malam.

Difahamkan Allahyarhamah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu untuk pembedahan dipercayai membuang ketumbuhan di kepala pada minggu lalu.

Jenazah Allahyarhamah dibawa pulang ke kediamannya di Taman Melawati, dekat sini dan disembahyangkan di Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang Tembak, pagi ini.

Norihan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate

Sepanjang hayatnya, Allahyarhamah sangat aktif dengan beberapa badan NGO dan banyak menumpukan kepada Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal Parlimen Tanah Merah (Ummul Habibah) yang dinaungi suaminya.

Ummul Habibah ditubuhkan pada pertengahan 2012 dan sehingga kini mempunyai kira-kira 4,000 ahli. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights