Malaysia-Singapura perkukuh kerjasama

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa bertemu rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong bagi membincangkan hubungan dan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.

Pertemuan itu dijalankan sebelum Anwar menghadiri Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia 2023 (BFA 2023) di China, hari ini.

“Menerusi pertemuan pagi ini, saya dan Hsien Loong telah membincangkan beberapa perkara melibatkan hubungan dan kerjasama dua hala Malaysia-Singapura.

“Semoga hubungan akrab kedua-dua negara kian utuh dan subur. InsyaAllah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri berada di China bagi menghadiri BFA 2023 dan memulakan lawatan rasmi selama empat hari di negara tanah besar itu.

Hari ini, Anwar dijadual menghadiri serta menyampaikan ucaptama pada Forum Boao Untuk Asia 2023 dengan tema ucapan ‘An Uncertain World: Solidarity and Cooperation for Development Amid Challenges’.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights