XES Shoes, jenama kasut tempatan yang berada di pasaran sejak 21 tahun lalu, menawarkan promosi hebat iaitu beli satu kasut percuma lagi sepasang sempena sambutan Syawal tak lama lagi.
Promosi terhebat Raya Double Special ‘Buy 1 Free 1’ itu boleh didapati di cawangan terpilih mulai 20 Mac lalu hingga 7 Mei depan.
Pengasas dan Pengarah Urusan jenama itu, Simpson Wong Kean Hin berkata, selain itu, syarikat juga menawarkan hadiah istimewa menerusi pembelian minimum.

“Jadi, selain berjimat dengan beli satu kasut percuma lagi sepasang, pelanggan juga akan mendapat sampul raya istimewa serta beg beli-belah eksklusif masing-masing untuk pembelian minimum sebanyak RM120 dan RM150.
“Namun, hadiah percuma itu tertakluk kepada sementara stok masih ada sepanjang promosi berlangsung. Untuk promosi itu, pembayaran dibuat untuk harga kasut yang tinggi dan sepasang lagi percuma,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, jenama XES Shoes ini terus mecipta keyakinan sebagai jenama pilihan rakyat Malaysia termasuklah diiktiraf sebagai Most ‘Malaysian Brand’ Shoe Outlet Chain Store dan Superbrands Malaysia Award diterima baru-baru ini.
“Apa yang menjadikan jenama ‘lokal’ ini sangat dipercayai adalah ia mengutamakan setiap perincian rekaan kasut sesuai dengan kaki rakyat Malaysia.
“Tentunya ia menjadi keselesaan abadi dan semestinya mesra poket, yakni lebih jimat serta trendy,” katanya.
Beliau berkata, variasi kasut dijual juga untuk semua lingkungan umur daripada golongan wanita, lelaki dan kanak-kanak dengan harga tidak melebihi RM250, iaitu sebuah pusat sehenti yang memudahkan seisi keluarga membeli kasut.
“Paling utama, jenama kami bukan hanya cantik dipakai dan dipandang tetapi menitikberatkan aspek keselesaan, kepuasan, harga berpatutan dan trendy untuk dijadikan jenama kasut pilihan raya tahun ini,” katanya.
Jenama XES Shoes bermula dari tahun 2002 di kedai pertamanya terletak di
Carrefour Wangsa Maju (kini dikenali Aeon Big).
Kini, jenama itu berkembang dengan lebih 120 cawangan di seluruh Malaysia termasuklah di pasaraya Lotus, Giant, NSK, Mydin dan Aeon Big.
Tidak ketinggalan di pusat beli belah Paradigm Mall, Sunway Putra Mall, Melawati Mall, Batu Pahat Mall, KB Mall, Mahkota Parade Mall dan banyak lagi. – Malaysiapost