Anwar bertemu Presiden Xi Jinping

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Dewan Besar Rakyat di Beijing, hari ini.

Pertemuan kedua-dua pemimpin berkenaan adalah yang pertama selepas Anwar dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 dan Jinping dipilih semula sebagai Presiden China untuk penggal ketiga pada 10 Mac lalu.

Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)

Kedua-dua pemimpin itu kemudiannya memulakan mesyuarat, yang berlangsung selama kira-kira 45 minit.

Turut bersama Anwar dalam kunjungan hormat itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Selain itu, turut sertai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Menteri Pelancongan dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Perdana Menteri kini dalam rangka lawatan rasmi sulungnya selama tiga hari ke China hingga esok, bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala di antara kedua-dua negara.

Esok, Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya, Li Qiang. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights