JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu mengesan tiga wanita warga asing yang dikehendaki bagi perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Semenyih, Selangor.
Dalam kenyataan hari ini, JIM memaklumkan ketiga-tiga wanita berkenaan dikehendaki berhubung kes pendakwaan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Wanita yang dikehendaki itu adalah warga Vietnam bernama Le Thi Phuong Ly berusia 27 tahun dengan alamat terakhir adalah di Health Club Auspicious World Sdn Bhd, USJ Sentral, Subang Jaya.
“Wanita kedua adalah warganegara Indonesia bernama Lili Febryan berusia 27 tahun yang alamat terakhir juga di lokasi sama.
“Seorang lagi yang dikehendaki adalah wanita warga Indonesia Putri Harahap berusia 28 tahun yang alamat terakhir juga di premis yang sama,” menurut kenyataan itu.
Menurut JIM, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan ketiga-tiga orang dikehendaki itu boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat, Mazlan Saaizan di talian 03-88801338 atau Bilik Gerakan 03-88801555. – Malaysiapost