JABATAN Perikanan Malaysia (DOF) mengesahkan perubahan ketara warna air laut yang menjadi hijau di beberapa lokasi di Pulau Langkawi, Kedah adalah normal.
DOF menerusi kenyataan berkata, analisis rapi dilakukan mendapati komposisi plankton dalam sampel air laut yang diambil ialah normal selain laporan kajian turut dihantar untuk tindakan lanjut.
“Kami telah membuat pensampelan air untuk pengecaman dan kuantifikasi plankton serta pemeriksaan kualiti di kawasan terlibat.
“Pasukan dari Pusat Penyelidikan Langkawi diketuai oleh Syed Mohamad Azim Syed Mahiyuddin telah pun bergegas ke lokasi di Teluk Yu, Teluk Ewa dan Tanjung Rhu,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.
Menurut kenyataan itu, pemerhatian mendapati keadaan air di Teluk Yu dan kawasan sekitar telah bertambah baik, tiada lagi perubahan ketara warna air laut berbanding dengan laporan pada 29 Mac lalu. – Malaysiapost