Bekas Adun Bukit Kayu Hitam meninggal dunia

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar, meninggal dunia pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Ahmad Qusyairi melalui hantaran di Facebook.

Katanya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 5.42 pagi, namun tidak mengulas lanjut mengenainya.

Beliau berkata, jenazah akan dibawa ke rumah keluarganya di Changlun, Kubang Pasu untuk urusan pengebumian.

Ahmad Zaini yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, pertama kali memenangi kerusi Adun Bukit Kayu Hitam pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008 dan mempertahankannya pada PRU-13.

Bagaimanapun, arwah tewas dalam pemilihan di kerusi sama melalui PRU-14 pada 2018.

Arwah juga tidak bertanding untuk mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Kubang pasu dalam pemilihan parti baru-baru ini atas faktor kesihatan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights