Isteri dah puas nasihatkan Aliff Syukri

DATIN Seri Shahida Mohd Rashid meminta netizen agar tidak mengaitkan beliau dan anak-anaknya dalam isu video klip lagu raya suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri.

“Tak perlu kot nak tag tag saya dengan benda yang tak ada kaitan dengan saya… Saya dan anak-anak tiada kaitan langsung ya dengan apa-apa juga lagu,” catatnya di Instagram.

Isteri kepada usahawan sensasi itu akhirnya memberi respon namun meminta dia dan keluarganya tidak dikaitkan dalam isu terbaru Aliff itu.

Shahida turut meluahkan dengan mendakwa telah menasihatkan suaminya berkali-kali, namun masih berdegil.

“Orang lain makan nangka orang lain kena getah…Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau.

“Dah besar dan boleh fikir baik dan buruk. Jangan mengganggu ketenteraman saya dan anak-anak saya,” katanya.

Seakan tidak serik, Aliff Syukri sekali lagi mengundang rasa kurang senang netizen di bulan Ramadan dengan memuat naik klip video lagu raya berjudul Cak Kun Cak Raya.

Dalam klip video itu, Aliff kelihatan menari dan diiringi sekumpulan penari dengan memakai set baju Melayu ketat lengkap bersamping serta songkok.

Tindakan Aliff itu mengundang kemarahan ramai yang menganggap dia tidak menghormati kemuliaan bulan Ramadan.

Untuk rekod, tahun lalu Aliff pernah dipanggil memberi keterangan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membantu siasatan berhubung klip video lagu Kelepok Raya yang dikaitkan dengan unsur bertentangan norma dan budaya tempatan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights