Syarikat telekomunikasi diarah larang letak pautan URL dalam SMS

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan arahan kepada semua syarikat telekomunikasi untuk melarang sebarang kandungan pautan pelokasi sumber seragam (URL) dalam khidmat pesanan ringkas (SMS).

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa ‘scam’ atau penipuan dalam talian.

“MCMC telah mengeluarkan satu arahan kepada syarikat telco untuk pastikan tiada seorang pun yang akan tersalah tekan URL itu dan berkemungkinan menjadi mangsa (penipuan dalam talian).

“Banyak penipuan dalam talian berlaku apabila pengguna tersalah tekan pautan tersebut, kemudian memberi maklumat peribadi dan akhirnya menjadi mangsa,” katanya dalam satu temu bual bersama sebuah stesen radio tempatan, hari ini.

Nie Ching bagaimanapun memaklumkan arahan tersebut akan berkuat kuasa secara berperingkat dan berharap syarikat yang terlibat dapat melaksanakan arahan tersebut dalam masa yang terdekat. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights