Aliff Syukri timang cahaya mata keenam
USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri melahirkan rasa syukur selepas isterinya, Datin Nur Shahida selamat melahirkan bayi lelaki di pusat perubatan swasta, petang semalam.
Aliff memaklumkan isterinya hampir menjalani pembedahan akibat komplikasi, namun selamat melahirkan cahaya mata keenam mereka secara normal.
“Anak kali ini amat mencabar..dari pukul 5 pagi isteri saya berada dalam bilik bersalin dan sekitar pukul 3 petang tadi baru bayi kami selamat dilahirkan.
“Saya yang dok sebelah ini yang sedih dan takut tengok isteri bersalin,” tulisnya dalam hantaran di Instagram.
Sementara itu, Shahida memaklumkan itu adalah pengalaman pertama melahirkan anak dengan situasi anaknya lahir mengeluarkan tangan terlebih dulu.
“Lahirlah seorang putera setelah bertarung kesakitan selama tujuh jam. Tak sangka serumit ini untuk cahaya mata keenam.
“Boleh pula tangan dia keluar dulu..jenuh doktor nak masukkan tangan dia..tetap dia nak minta duit raya juga.
“Jadi, hujung-hujung memang sambut tangan baby la dulu kita. Apapun semua selamat,” tulisnya dalam hantaran di IG.
Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007. – Malaysiapost