‘Hari ini PM jawab isu vape, doktor kontrak, tapi Hamzah, Muhyiddin, Hadi ponteng’
MENTERI Komunikasi dan Digitall menyifatkan amat malang sekali apabila pemimpin utama pembangkang tidak hadir sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat hari ini.
Ini kerana kata Fahmi Fadzil, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab soalan mengenai hasil lawatan rasmi ke China, isu vape dan doktor kontrak.
“YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan YAB Datuk Seri Fadillah Yusof hadir sekali.
“Malangnya, sekali lagi Ketua Pembangkang, (Datuk Seri) Hamzah Zainudin, (Tan Sri) Muhyiddin Yassin dan (Tan Sri) Abdul Hadi Awang tidak hadir dan tidak menanyakan soalan.
“Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri diadakan setiap Selasa. Ini peluang terbaik Pembangkang bangkitkan soalan, berdepan, dan bersemuka dengan Perdana Menteri,” tulisnya di Facebook.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama pemimpin utama pembangkang tidak hadir ke sesi PMQ yang diadakan setiap Selasa.
Dalam sesi sama minggu lalu, kelibat Hamzah, Muhyiddin serta Abdul Hadi turut tidak kelihatan. – Malaysiapost